Man Utd ke Final Champions League!!! April 30, 2008
Posted by aminbinabu in News, Sport.add a comment
Hai..maafkan saya kerana post ini xde kena mengena dengan komputer atau benda2 yg sewaktu dengannya..
Tapi disebabkan saya memang fan Man Utd dari dulu lg, so nk berkongsi peristiwa yang berlaku pagi2 buta tadi..heheh=)
Dalam kul 2.45pg td, seksyen 7 Bangi [Maple] bagaikan ada pesta..Ye..memang pesta..Pesta tgk bola Champions League Man Utd vs. Barcalona.
Resultnya Man Utd berjaya ke final hasil super strike dari pemain lagenda Man Utd, Paul Scholes pd minit ke-14. jaringan tunggal itu kekal sehingga ke tamat permainan..
Pada mulanya, saya kebetulan duduk diantara kawan2 saya yang sememangnya fan Barca, duk diam je sebab berdasarkan match Man Utd di Nou Camp, diorang main mcm hampeh..tp akhirnya saya bleh balik dalam keadaan tersenyum,..hahahah=)
Glory..Glory Man United..=)
Alamak.. April 29, 2008
Posted by aminbinabu in Intro.add a comment
Hi..post pertama saya macam boring je..skema lak tu..
Apa kata kalau post-post yang akan datang saya akan menulis dalam bentuk yang lebih santai n relaks..ok?
Mungkin lebih senang kan?=)
Komputer Slow? April 28, 2008
Posted by aminbinabu in tips.add a comment
Hai, untuk post saya yang awal-awal dalam blog ini, saya akan cuba cenderung untuk memberi tips-tips dalam penggunaan komputer dengan lebih efektif.
Ok, straight to the point..
Komputer slow? Turun on komputer lambat gile? Nak shut down pun lambat? Nak run sesuatu program pun lambat sesangat?
Apa masalahnya?…
First, jika perkara sedemikian berlaku, apa yang perlu kita tengok ialah bahagian hardware, terutamanya RAM. Berapa jumlah RAM komputer anda? 256 mb, 512mb? 1gb? @ 2gb?
Jika anda menggunakan Windows 98, 2000, ME @ XP adalah dicadangkan untuk menggunakan RAM yang melebihi 512mb hingga 1gb. Manakala jika anda menggunakan Windows Vista (semua edisi), adalah dicadangkan untuk upgrage RAM anda kepada 1gb hingga 4gb.
RAM di pasaran adalah dalam lingkungan RM60-70 [1gb] &RM150-160[2gb]
Ini kerana Windows banyak run pelbagai program pada background tanpa pengetahuan kita. Cuba klik kanan pada taskbar & pilih Task Manager. Tengok pada bahagian Processes [penjuru bawah kiri]. Berapa bilangannya? Jika melebihi 40-50, maka memang terlalu banyak proses yang run pada ketika itu. Lagi banyak proses yang berlaku, makin membebankan kerja RAM melainkan kuantiti RAM tersebut sudah melebihi 2-8gb.
Apa yang perlu dibuat adalah membuang program-program yang tidak perlu pada background. Caranya, klik program yang hendak dibuang, kemudian klik End Process. Cuba kurangkan program sehingga mencapai 20-30 sahaja.
Ok, slow lagi komputer? Alamak, camne nak buat ek? Xpe, post akan datang saya akan bagi jalan @ solution lain plak..Ok?
Intro April 28, 2008
Posted by aminbinabu in Intro.add a comment
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Hai. Nama saya Amin bin Abu. Senang kan nak ingat? =)
Dalam blog ini, saya akan cuba menulis pelbagai perkara baru serta tips-tips dalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan komputer, video games, gadget-gadget baru di pasaran, & sebagainya..
Di samping itu, mungkin saya akan masukkan sedikit selingan dengan post-post lawak atau isu-isu semasa yang hangat untuk tatapan pembaca semua..
Ini merupakan weblog pertama saya. Oleh kerana itu, segala komen & kritikan bernas amatlah dialu-alukan daripada pihak pembaca..
Terima kasih kerana melayari weblog ini..
